.:: MAKLUMAN ::.

assalamualaikum...
salam ukhuwah kepada semua sahabat dan peminat Advice. disini kami ingin memaklumkan blog terbaru kami yang insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa.sila klik untuk ke blog terbaru kami. sebarang kesulitan amat kami kesali.

RENUNGAN BERSAMA


Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a: Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar

KENYATAAN RASMI ADVICEGROUP

Download the original attachment
Firman Allah bermaksud { Fitnah itu lebih besar (dosa) daripada membunuh }
Dan firman Allah lagi bermaksud { wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita maka selidiklah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu } 49 : 6
Dengan ini kami ADVICEGROUP merasa terpanggil untuk menafikan bahawa individu yang mengguna nama Advice Crews dalam ruangan chat Bual@Sahabat Advice bukanlah kalangan kami, bukan anggota kami dan tidak pernah terlibat dengan ADVICEGROUP.
Kami melahirkan rasa dukacita dengan segala kenyataan beliau yang seperti menfitnah dan memburuk-burukkan maruah dan reputasi kami.
Beliau seperti mahu menasihati kami, tapi adakah betul cara nasihat dengan menggunakan (menyamar) sebagai salah seorang ahli ADVICEGROUP dan mengunakan bahasa-bahasa yang tidak sewajarnya digunakan oleh seorang yang ingin memberi nasihat.
Lebih mendukacitakan beliau menggunakan hujah-hujah berdasar kepada sejarah Islam yang tiada kena mengena dengann tuduhan dan fitnah beliau.
Ketika mana kita mempunyai matlamat yang sama dalam industri nasyid masih ada manusia-manusia mempunyai niat yang tidak baik.
Dalam membawa mesej dan pendekatan dakwah melalui nasyid dan lagu-lagu berunsur nasihat, kami ada cara dan pendekatan kami sendiri. Kami menghormati cara dan pendekatan sahabat-sahabat penasyid. Demikian juga kami juga mengharap cara kami diterima dan juga dihormati.
Kami sememangnya mengalu-alukan pandangan dan tunjuk ajar daripada semua pihak, tetapi bukan dengan cara yang tidak berhemah, mencerca dan menjatuhkan kami.
Apa pun kami mengambil sikap berlapang dada dan menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran bagi kami. Moga kami mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Wassalam dan Terima kasih.

Ucapan Chik_AdVice

aQIM AdVice N hAFIz hAmiDuN

Assalamualaikum sume,..kenal tak sape tepi Aqim tue???hahahaa...masa nie Aqim n AbgHafiz amek gambar kat KB Mall sempena Program Nisa' di Kota Bharu, Kelantan...angg0ta AdVice yg len2 sibuk kat depan pentas bersama dengan sahabat-sahabat yang turut sama memeriahkan majlis arie tue...

Sepetang Di Ambang Ifthor..



Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.

SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN


Photo Kenangan



Kami ucapkan salam kepada semua, doa kami agar berbahagia..Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami..Tanpa sokongan anda usaha kami tidak kesampaian.. InsyaALLAH sempena ramadhan al mubarak ini, kami akan bersama anda semua setiap petang ahad di bulan ramadhan bertempat di PENTAS UTAMA perkarangan STADIUM SULTAN MUHAMMAD-IV, KOTA BHARU KELANTAN.. Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis "SHOW BERSAMA ADVICE".. InsyaALLAH, dua single pertama kami "DIKAU HADIR" & "KEMBARA" bakal kami sampaikan, istimewa untuk anda semua...

~BELIEVE WHAT YOU DO...