.:: MAKLUMAN ::.

assalamualaikum...
salam ukhuwah kepada semua sahabat dan peminat Advice. disini kami ingin memaklumkan blog terbaru kami yang insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa.sila klik untuk ke blog terbaru kami. sebarang kesulitan amat kami kesali.

RENUNGAN BERSAMA


Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a: Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar

KENYATAAN RASMI ADVICEGROUP

Download the original attachment
Firman Allah bermaksud { Fitnah itu lebih besar (dosa) daripada membunuh }
Dan firman Allah lagi bermaksud { wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita maka selidiklah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu } 49 : 6
Dengan ini kami ADVICEGROUP merasa terpanggil untuk menafikan bahawa individu yang mengguna nama Advice Crews dalam ruangan chat Bual@Sahabat Advice bukanlah kalangan kami, bukan anggota kami dan tidak pernah terlibat dengan ADVICEGROUP.
Kami melahirkan rasa dukacita dengan segala kenyataan beliau yang seperti menfitnah dan memburuk-burukkan maruah dan reputasi kami.
Beliau seperti mahu menasihati kami, tapi adakah betul cara nasihat dengan menggunakan (menyamar) sebagai salah seorang ahli ADVICEGROUP dan mengunakan bahasa-bahasa yang tidak sewajarnya digunakan oleh seorang yang ingin memberi nasihat.
Lebih mendukacitakan beliau menggunakan hujah-hujah berdasar kepada sejarah Islam yang tiada kena mengena dengann tuduhan dan fitnah beliau.
Ketika mana kita mempunyai matlamat yang sama dalam industri nasyid masih ada manusia-manusia mempunyai niat yang tidak baik.
Dalam membawa mesej dan pendekatan dakwah melalui nasyid dan lagu-lagu berunsur nasihat, kami ada cara dan pendekatan kami sendiri. Kami menghormati cara dan pendekatan sahabat-sahabat penasyid. Demikian juga kami juga mengharap cara kami diterima dan juga dihormati.
Kami sememangnya mengalu-alukan pandangan dan tunjuk ajar daripada semua pihak, tetapi bukan dengan cara yang tidak berhemah, mencerca dan menjatuhkan kami.
Apa pun kami mengambil sikap berlapang dada dan menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran bagi kami. Moga kami mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Wassalam dan Terima kasih.

Ucapan Chik_AdVice

aQIM AdVice N hAFIz hAmiDuN

Assalamualaikum sume,..kenal tak sape tepi Aqim tue???hahahaa...masa nie Aqim n AbgHafiz amek gambar kat KB Mall sempena Program Nisa' di Kota Bharu, Kelantan...angg0ta AdVice yg len2 sibuk kat depan pentas bersama dengan sahabat-sahabat yang turut sama memeriahkan majlis arie tue...

Sepetang Di Ambang Ifthor..



Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.

SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN


Photo Kenangan



Kami ucapkan salam kepada semua, doa kami agar berbahagia..Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami..Tanpa sokongan anda usaha kami tidak kesampaian.. InsyaALLAH sempena ramadhan al mubarak ini, kami akan bersama anda semua setiap petang ahad di bulan ramadhan bertempat di PENTAS UTAMA perkarangan STADIUM SULTAN MUHAMMAD-IV, KOTA BHARU KELANTAN.. Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis "SHOW BERSAMA ADVICE".. InsyaALLAH, dua single pertama kami "DIKAU HADIR" & "KEMBARA" bakal kami sampaikan, istimewa untuk anda semua...

~BELIEVE WHAT YOU DO...

BERSAMA ADVICE I Setiap Ahad di Qaryah Ramadhan, Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Ramadhan ini

BERSAMA ADVICE I Setiap Ahad



Ahad I Minggu Pertama

MASA

ACARA

CATATAN

DURASI

5.45 ptg

Pembukaan

Al Fatihah, selawat dan salam

5 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Interaktif bersama audien

Cabaran Tulisan Jawi,

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Persembahan selingan

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

10 minit

6.50 ptg

Penutup

Zikir

5 minit


Ahad I Minggu Kedua

MASA

ACARA

CATATAN

DURASI

Pembukaan

Al Fatihah, selawat dan salam

5 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Interaktif bersama audien

Cabaran Belit Serban

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Persembahan selingan

Kanak-kanak PASTI

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

10 minit

6.50 ptg

Penutup

Zikir

5 minit


Ahad I Minggu Ketiga

MASA

ACARA

CATATAN

DURASI

5.45 ptg

Pembukaan

Al Fatihah, selawat dan salam

5 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Interaktif bersama audien

Kuiz

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Persembahan selingan

Wushu

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

10 minit

6.50 ptg

Penutup

Zikir

5 minit


Ahad I Minggu Keempat

MASA

ACARA

CATATAN

DURASI

5.45 ptg

Pembukaan

Al Fatihah, selawat dan salam

5 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

15 minit

Interaktif bersama audien

Cabaran Sambung Lirik Raya

15 minit

Nasihat dan Nasihat

Advice

15 minit

Persembahan selingan

15 minit

Nasyid dan Nasihat

Advice

10 minit

6.50 ptg

Penutup

Zikir

5 minit

shOw d HOTEL GRAND RIVERVIEW

01 OGOS 2009 baru ini, kami telah dijemput ke Majlis Makan Malam PERKIM( Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) Kebangsaan. PERKIM Kelantan yang menganjur Majlis yang grand nie telah menjemput kami ADVICE dan penyanyi tersohor di Negeri Kelantan. Pada malam tersebut, kami telah dibantu oleh adik-adik dari Maahad Ya'akubiah, Nipah (MAYA). Mesti korang pelikkan kenapa kitorang amek adeq-adeq untuk persembahan kali nie??..hehehe.. sebenarnya kitorang telah menyahut cabaran penganjur untuk mengadakan sh0w menggunakan percussion, korang tau tak??persiapan kitorang hanya sehari je!!!...takut memang la takut, sebab nie first time buat sh0w dengan percussion n tambahan lagi budak-budak pulak tue yang mainkan, tapi Alhamdulillah....KITORANG BERJAYA!!!..banyak respon positif yang kitorang dapat, kami syukur sangat dengan pencapaian kami sekarang walaupun masih baru dalam industri...ape yang pasti, kami pegang dengan kata-kata "Believe What You Do"..Wassalam.

Majlis Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah Al_Quran Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung baru-baru ini.....kami turut dijemput memeriahkan majlis tue...best gak,satunya sebab boleh tau rahsia peserta-peserta tilawah malam tue..hi3...nie gambar kami berempat bersama dengan Che Ayub (mereka yang terbabit dalam majlis jugak laa)...gambar nie gelap sikit cOz amek beberapa minit sebelum show n tak sempat nak setting kamera, harap maaf laa yae.....persembahan ni pun turut menampilkan abang-abang Are-Buddy...mereka pun banyak kongsi pengalaman mereka dengan kitorang....(gambar kedua)masa kitorang capture gambar ni,kalau korang perasan,Aqim takde dalam gambar nie kan??? sebenarnya aqim menghilang entah ke mana masa tue,cepat betul dia menghilang...hahaha...takde lah, sebenarnya Aqim ade,dia duk kat belakang n tak tahu pun yang kitorang sedang bergambar... kesian kat dia erk??hi3....ape2 pun, persembahan malam tue memang mendekatkan kitorang dengan mereka yang asyik menanyakan tentang perkembangan ADVICE...kami ucapkan terima kasih kat mereka yang sentiasa menyokong ADVICE dan industri nasyid kita, korang memang best n harap2 kita boleh jumpa lagi eh n moga2 kalian di rahmati Allah,insya-Allah...ok..diharap agar anda mendoakan kejayaan ADVICE n sentiasa menyokong kami....Assalamu'alaikum.

Kenali ADVICE GROUP

PENDAHULUAN

Kumpulan nasyid yang dikenali sebagai ADVICE ini ditubuhkan pada

28 Disember 2007. Kumpulan nasyid ini ditubuhkan atas inisiatif 4orang

pelajar dari pelbagai tempat pengajian yang berlainan iaitu Azanizam(Chik), Hakimi, Aqim dan Rais. Mereka adalah antara yang sangat meminati bidang nasyid dan berpotensi dalam industri dakwah melalui hiburan ini. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada mereka yang pernah terlibat secara

langsung dalam bidang seni nasyid dan hiburan tanah air. Advice juga banyak merujuk mereka yang arif tentang agama dari aspek persembahan, penampilan dan lain-lain.Kumpulan ini

selalu mengadakan latihan secara aktif pada setiap minggu mengikut

jadual yang ditetapkan supaya tidak menganggu pelajaran.

Di samping itu, kumpulan ini semakin meningkat prestasi mereka kerana sering menerima dan memenuhi pelbagai undangan,samada peringkat pelbagai daerah, peringkat negeri, dan juga

swasta dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, Advice benar- benar memiliki suatu iltizam untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah mempertingkatkan citra kumpulan nasyid ini ke peringkat nasional agar lebih dikenali dan diminati ramai, di samping usaha ke arah mencapai dan merealisasikan cita- cita murni untuk

menyampaikan dan memperkembangkan usaha dakwah melalui bidang seni nasyid.