aQIM AdVice N hAFIz hAmiDuN
Sepetang Di Ambang Ifthor..

Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.
Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.
Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.
Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz
Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.
Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.
Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.
SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN
Photo Kenangan
Kami ucapkan salam kepada semua, doa kami agar berbahagia..Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami..Tanpa sokongan anda usaha kami tidak kesampaian.. InsyaALLAH sempena ramadhan al mubarak ini, kami akan bersama anda semua setiap petang ahad di bulan ramadhan bertempat di PENTAS UTAMA perkarangan STADIUM SULTAN MUHAMMAD-IV, KOTA BHARU KELANTAN.. Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis "SHOW BERSAMA ADVICE".. InsyaALLAH, dua single pertama kami "DIKAU HADIR" & "KEMBARA" bakal kami sampaikan, istimewa untuk anda semua...
~BELIEVE WHAT YOU DO...
BERSAMA ADVICE I Setiap Ahad di Qaryah Ramadhan, Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Ramadhan ini
BERSAMA ADVICE I Setiap Ahad
Ahad I Minggu Pertama
| MASA | ACARA | CATATAN | DURASI |
| 5.45 ptg | Pembukaan | Al Fatihah, selawat dan salam | 5 minit |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Interaktif bersama audien | Cabaran Tulisan Jawi, | 15 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Persembahan selingan | 15 minit | ||
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 10 minit | |
| 6.50 ptg | Penutup | Zikir | 5 minit |
Ahad I Minggu Kedua
| MASA | ACARA | CATATAN | DURASI |
| Pembukaan | Al Fatihah, selawat dan salam | 5 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Interaktif bersama audien | Cabaran Belit Serban | 15 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Persembahan selingan | Kanak-kanak PASTI | 15 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 10 minit | |
| 6.50 ptg | Penutup | Zikir | 5 minit |
Ahad I Minggu Ketiga
| MASA | ACARA | CATATAN | DURASI |
| 5.45 ptg | Pembukaan | Al Fatihah, selawat dan salam | 5 minit |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Interaktif bersama audien | Kuiz | 15 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Persembahan selingan | Wushu | 15 minit | |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 10 minit | |
| 6.50 ptg | Penutup | Zikir | 5 minit |
Ahad I Minggu Keempat
| MASA | ACARA | CATATAN | DURASI |
| 5.45 ptg | Pembukaan | Al Fatihah, selawat dan salam | 5 minit |
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Interaktif bersama audien | Cabaran Sambung Lirik Raya | 15 minit | |
| Nasihat dan Nasihat | Advice | 15 minit | |
| Persembahan selingan | 15 minit | ||
| Nasyid dan Nasihat | Advice | 10 minit | |
| 6.50 ptg | Penutup | Zikir | 5 minit |
shOw d HOTEL GRAND RIVERVIEW
01 OGOS 2009 baru ini, kami telah dijemput ke Majlis Makan Malam PERKIM( Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) Kebangsaan. PERKIM Kelantan yang menganjur Majlis yang grand nie telah menjemput kami ADVICE dan penyanyi tersohor di Negeri Kelantan. Pada malam tersebut, kami telah dibantu oleh adik-adik dari Maahad Ya'akubiah, Nipah (MAYA). Mesti korang pelikkan kenapa kitorang amek adeq-adeq untuk persembahan kali nie??..hehehe.. sebenarnya kitorang telah menyahut cabaran penganjur untuk mengadakan sh0w menggunakan percussion, korang tau tak??persiapan kitorang hanya sehari je!!!...takut memang la takut, sebab nie first time buat sh0w dengan percussion n tambahan lagi budak-budak pulak tue yang mainkan, tapi Alhamdulillah....KITORANG BERJAYA!!!..banyak respon positif yang kitorang dapat, kami syukur sangat dengan pencapaian kami sekarang walaupun masih baru dalam industri...ape yang pasti, kami pegang dengan kata-kata "Believe What You Do"..Wassalam.
Majlis Tilawah Al-Quran
Majlis Tilawah Al_Quran Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung baru-baru ini.....kami turut dijemput memeriahkan majlis tue...best gak,satunya sebab boleh tau rahsia peserta-peserta tilawah malam tue..hi3...nie gambar kami berempat bersama dengan Che Ayub (mereka yang terbabit dalam majlis jugak laa)...gambar nie gelap sikit cOz amek beberapa minit sebelum show n tak sempat nak setting kamera, harap maaf laa yae.....persembahan ni pun turut menampilkan abang-abang Are-Buddy...mereka pun banyak kongsi pengalaman mereka dengan kitorang....(gambar kedua)masa kitorang capture gambar ni,kalau korang perasan,Aqim takde dalam gambar nie kan??? sebenarnya aqim menghilang entah ke mana masa tue,cepat betul dia menghilang...hahaha...takde lah, sebenarnya Aqim ade,dia duk kat belakang n tak tahu pun yang kitorang sedang bergambar... kesian kat dia erk??hi3....ape2 pun, persembahan malam tue memang mendekatkan kitorang dengan mereka
yang asyik menanyakan tentang perkembangan ADVICE...kami ucapkan terima kasih kat mereka yang sentiasa menyokong ADVICE dan industri nasyid kita, korang memang best n harap2 kita boleh jumpa lagi eh n moga2 kalian di rahmati Allah,insya-Allah...ok..diharap agar anda mendoakan kejayaan ADVICE n sentiasa menyokong kami....Assalamu'alaikum.

